Friday, February 7, 2014

#12

Kadang-kadang aku jengah ke whatsup, melihat staus dan last seen berulang kali tanpa jemu.
Kadang-kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik-nitik manik putih.
Kadang-kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang-kadang aku memicit-micit punat handset, mencari nombor yang dah lama xmenjelma.

Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku rindu tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera sekeping hati.
Rindu yang telah terhijab meskipun dengan kecanggihan teknologi yang luar biasa.

Aku bukan orang yang kuat!!!

Apatah lagi mempunyai hati sekuat batu. Aku juga insan lemah. Punya perasaan. Punya jiwa dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang teramat mendalam. Rindu buat hati aku sakit. Rindu buat fizikal ku derita.

Bisakah aku khabarkan kepadanya?

Wahai angin lalu, sudikah kau menolong aku? Khabarkanlah rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh tubuhnya.

Tahukah?

Hati ini telah menyimpan perasaan rindu yang sarat. Ya, mungkin bumi beredar mengelilingi matahari dan bulan ber"tawaf" di sekeliling bumi. Beredarnya siang di ganti dengan malam. Perubahan itu sama sekali tidak merubah rasa rindu ini.

Oh!

Mengapakah mereka kata rindu adalah perkataan jiwang semata?
Mengapakah skeptikalnya rindu untuk bercanda?
Mengapakah rindu itu satu seksaan batin?
Mengapakah ketegasan aku dicabar digoncang dengan ribut taufan rindu?

Tahukah?

Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan dalam sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran rasa asing itu.

Saban detik, peredaran darahku meracau dan berderau. Si jantung pula berdentam dentum mengepam darah oksigen ke otak. Signal yang diterima ditafsir sebagai keracunan. Badan tidak mampu bertindakbalas maka diserahkan kepada hati untuk proses dinyahtoksin.

Tapi hati tidak mampu menolak. Racun itu sudah merebak sehingga membisa ke tulang sumsum. Racun apakah ini? Asing sungguh perasaan rindu bagai racun yang disengat oleh sekeping hati.

Maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksakah?
Untuk apakah?

Aku tidak bersedia. Kenapa aku yang harus bertarung?
Aku ada komitmen. Kenapa aku perlu tanggung semua ini?
Aku bukan orangnya. Kenapa seperti aku sahaja yang "syok" sendiri?

Mungkin sedikit kufahami bahasa sarat yang kelmarin belum sempat terungkap. Kenangan terindah, mana mungkin tidak membuahkan getaran rindu.

Semua ada saatnya kita bersama. Baik dan buruk penyempurna warna kehidupan fana'.  Kau ajar aku mengeja dan menikmati betapa indahnya musim semi di luar sana. Kau ajar aku ber"tasbih" bersama denyut nadi beriramakan kasih dan sayang.

Walau aku jauh.
Walau aku seorang.
Walau aku sepi.
Walau aku menangis.
Walau aku sayu.

Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah. Aku keraskan hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabaran tidak seutuh yang disangkakan. Krisis identiti bertambah kronik tatkala memikirkan betapa hinanya aku. Jijiknya aku yang berdosa. Keegoan aku tidak kenal rasa rendah diri.

Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?
Layakkah aku mengulang skrip sama dengan citarasa yang bahagia?

Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?

Semua itu dilema yang tidak boleh dicabut dengan sewenangnya dari hati yang punya pemikiran kompleks, si empunya bernama

P.E.R.E.M.P.U.A.N

Akukah?
live life and go crazy!

Thursday, February 6, 2014

#11

jari nih napa gatal sgt?
nk jugak scroll fon nk text kau.
buka.pandang.fikir.tekan back button.
okay xjd.
setiap jam dan minit buat bnda yg sama.
kau rasa apa?
sakit lah aku nk bertahan.
tp aku pilih utk sabar.

ntah utk kali keberapa aku bka blk laman tu.
scroll ke nma kau.
taip.okay sent.
lepas jgk kali nih.
tnggu.
okay kau bls bnda seakan sma.
dan ayat pemati kau dgn simbol like.
kau rsa aku nk balas apa dgn simbol tu?
okaylah aku diamkan sja.
walaupun hatiku teruja nk membalasnya.


tahukah kau aku rindu bunyi beep kt bb aku??
tahukah kau aku rindu bunyi alert wa kt fon aku?
tahukah kau aku rindu nk kejut kau jam 6pagi?
tahukah kau aku rindu nk pesan mnta kau mkn dn jaga diri?
tahukah kau aku rindu nk nk bercerita setiap inci cerita harianku?
tahukah kau aku rindu nk bergelak bergurau dgn kau?

aku rsa kau xtahu.
sbb tu kau buat tak tahu dekat aku.

xpalah..aku masih belajar menerima
mgkin belum cukup bersedia.
jd ALLAH bg ujian persedian.
supaya aku lebih bersedia.
dgn bdai yg lg berganda


aku mohon dikuatkan hati..
diteguhkan iman.
dan beristiqamah amal ibadah dlm fasa-fasa kesakitan ini.
supaya rasa cintaku pada tuhanku melebihi rasa cintaku padamu.
dan aku masih belajar berserah.

kerana perancangnnya adalah yg terbaik utk ku.



senyum nsa. yakinlah bahawa kesedihan hari ini adalah kebahagiaan hari bsok! insyaallah..(:


live life and go crazy!

Wednesday, February 5, 2014

#10

sepuluh.
dan terus mnjauh.

setiap minit aku menahan diri dr text kau.
kau ingt senang kah?
menangis okay!

tp kau penah pk apa aku rasa now?
xpenah aku rsa.
sbb bila aku tngok kau sngt aktif di wasup.
dan kadang2 dia pon sma.
drma apa lg yg korang sdang mainkan?

aku cuma nk ingt.
aku boleh jd sebaik-baik manusia utk kau.
boleh jd sebaik-baik kwn bila kau perlukan pertolongan atau dlm buntu.
da berbuih mulut mengingatkan cerita hal sebenar.
tp kalau kau pilih utk diam lg.
terserah.

tp aku pohon.
jgn sakiti aku lg

jika kau dah ada pilihan hati.



ustaz pesan.
nsa berusaha yah.
minta doa.
insyaallah ALLAH maha mendengar.

baik.
aku akan terus berusaha.
sehingga kau putuskan bagaimana.
xpa..aku akn belajar bersabar.

mungkin ALLAH nk bg jalan cerita lebih bahagia nnt utk aku.
jd sekarang, derita ini aku akan hadap satu-persatu.
doa utk kau, xpenah aku lupa!
jaga diri kau. makan dan kesihatan juga.

 

live life and go crazy!